Alangkah dungunya sesiapa yang tak dapat membezakan antara isteri harus taat kepada suami dengan isteri harus menjadi mak turut yang bebal dan dengar setiap perintah suami as though dalam dunia ini tiada undang- undang.
Seorang isteri harus taat kepada suaminya;
Setelah bernikah, isteri haruslah setia kepada suami sebagaimana suami setia kepada isteri yang disayangi, melayan makan minumnya(optional), sentiasa sedekahkan senyuman yang manis dan bersolek untuk suami memandangkan suami penat mencari nafkah sepanjang hari.
. Ini adalah kerana kita manusia haruslah adil. Selepas bertungkus lumus mencari sesuap-dua nasi untuk keluarga, tidak patutlah jika suami terpaksa masak untuk diri sendiri ketika kelaparan dan menghadap muka isteri yang mencuka yang tidak reti bersenyum atau senyum pun buat- buat.
Tetapi ini hanya boleh diikuti jika si suami bekerja dan melayan isteri dengan baik. Jika si suami dengan tidak bermaruahnya goyang kaki dirumah dan tidak melayan isteri dengan sepatutnya, isterinya haruslah membuat aduan di mahkamah syariah dengan segera. Suami bergini, haruslah ditinggalkan kerana mereka akan menghancurkan hidup isteri dan masa depan anak-anak.
Tentang kerja rumah, WAJIB DIJALANKAN BERSAMA! Kalau setakat sapu rumah sikit sikit bolehlah isteri buat seorang. Tapi yang lain- lain harus dibuat sama rata. Ini adalah kerana suami hanya mencari nafkah sahaja bukan melahirkan isteri. Jadi nak bersikap adil pun berpada-pada. Oleh kerana kaum adam secara semulajadi lebih banyak tenaga sikit dari kaum hawa, lebih dari adil jika kerja yang lebih berat ditugaskan oleh suam. Seperti mengalih perabut atau perkara yang melibatkan panjat memanjat seperti munukar bulb lampu. Jika tidak, si suami boleh pergi kedai pakai baju butterfly. Tak payah pakai seluar lagi. Jadi transsexual. Setiap hujung minggu, buatlah kerja rumah bersama selapas itu bolehlah pergi bersantai ke apa.
Isteri harus menjadi mak turut yang bebal dan dengar setiap perintah suami;
Isteri harus buat setiap kerja rumah termasuk menukar bulb lampu yang jauh tinggi di siling dengan susah payahnya kerana suami itu raja dan tak patut buat kerja yang susah. Selepas itu walaupun sedang mengosok pakaian, haruslah tinggalkan baju itu hingga terbakar, dengan segera apabila suami meminta air minuman kerana si suami tidak ubah seperti orang yang cacat anggota dan tidak mampu untuk membuat air sendiri. Si isteri harus mengetepikan ibu bapa sendiri kerana suamilah paling penting dalam hidup si isteri. Ibu bapa sendiri kelaparan tidak mengapa tetapi suami harus ditatang bagai minyak yang penuh walaubagaimanapun. Kerana syurga ditelapak kaki suami.
Paling teruk apabila suami itu tidak berusaha untuk menanggung keluarga dan isterinya masih lagi melayannya dengan baik. Paling memalukan sekali apabila suami tidak bekerja dan isteri pergi bekerja untuk menanggung suami dan melakukan semua kerja rumah bagaikan hamba sedangkan sekarang ni menyimpan hamba tidak lagi legal. Pembantu rumah pun ada gaji. Paling tidak sedar diri sekali apabila suami itu dahlah habuk pun tak ada, teringin pula nak menduakan isteri. Lelaki boleh kahwin empat konon! Dahlah tak mampu.
Paling menjijikan sekali adalah apabila sesiapa pun yang fikir bahawa suami berhak memukul isterinya. Sedangkan Rasullulah pun tidak pernah memukul sesiapa. Bagaimana ada yang bertanggapan begini? Tak pergi kelas agama ke? Agama sesat.
Islam adalah agama yang syumul. Setiap undang-undang yang ditetapkan mestilah bersebab. Isteri harus taat kepada suami adalah kerana suami harus keluar mencari rezeki dan suami harus keluar mencari rezeki adalah kerana merbahaya jika kaum hawa perpanjangan di luar rumah, suami ada lebih tenaga untuk mencari rezeki memandangkan dahulu kala manusia harus memburu dan adalah lebih kerap untuk isteri menjadi bahan fitnah oleh si penfitnah, yang mati masuk neraka, jika dibandingkan oleh suami. As simple as that.
Oleh itu, memang jahillah mengalahkan keldai bagi sesiapa yang masih salah tafsir. Perkara ini amat mudah untuk difahami. Hiduplah dengan seadil mungkin. Jangan jadi jahil.