Thursday, October 28, 2010

A letter to my aunt (malay)

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Alang,

Caca harap alang janganlah beritahu caca lagi supaya tidak melengahkan solat. Hati caca sakit hingga caca tidak dapat tidur malam. Caca rasa caca boleh jadi gila walaupun caca harap insyaAllah tidak terjadilah perkara yang tak diharapkan. Caca bukannya jahil. Caca tahu bila caca harus bersolat. Ibadah caca, biarlah menjadi antara caca dan Allah. Apa sahaja suami alang fikir, caca harap tak payahlah disampaikan kepada caca. Bila dia menikahi alang, dia seharusnya mengerti hanya alang sahaja yang harus dia “bimbing”. Tak usahlah nak membimbing caca sekali gus. Kerja itu biarlah ditugaskan kepada bakal suami caca dan Allah sendiri.

Cerita ini, caca memang tak nak ungkit lagi tapi biar caca ingatkan alang, tiga tahun lalu caca berusaha sedaya upaya untuk menhindari dia dari memasuki keluarga kita. Tapi akhirnya caca gagal dan dia menang. Mungkin ini takdir Tuhan. Caca cuba bersabar. Kalau alang fikirkan, dah banyak caca bersabar. Alang yang nak sangat menikahi dia, alang bertahanlah dengan sikap dia. Jangan sampai caca terkena tempias dia. Kerana ianya tidak adil memandangkan caca seratus peratus tidak menyetujui kedatangan dia.

Apa caca fikir, alang mesti belajar beritahu dia apa yang patut. Jangan sampai dia pijak kepala alang kerana apa yang caca lihat, alang memang takut dengan dia. First off, buat dia faham yang dia tak seharusnya masuk campur hal caca. Jangan sampai caca sakit hati sebab sekarang ni caca harus selesaikan Portfolio Development dan juga Final Year Project. Bacalah Ayatul Kursi kerana ia akan dapat membantu alang. Amin.

Sekian,

Terima Kasih

Natasha.

No comments:

Post a Comment